AWAS: Jangan Terjebak Gejala Rawatan Estetik Palsu

AWAS: Jangan Terjebak Gejala Rawatan Estetik Palsu

AWAS: Jangan terjebak gejala rawatan estetik palsu, kata Dato’ Dr Liow Tiong Sin dari klinik Beverly Wilshire Medical Centre, seorang pengguna filler tulen jenama Teosyal.

Dr Liow Tiong Sin

Dato’ Dr Liow Tiong Sin

Demi menjamin keselamatan pengguna dan keberkesanan rawatan estetik, pengguna perlu mendapatkan rawatan daripada klinik atau pusat perubatan dan pengamal perubatan estetik yang berlesen dan terdaftar sahaja.

Kata Dr Liow, “Kepakaran doktor dalam anatomi wajah dan tubuh manusia dan pengalamannya menyuntik amat penting dalam memastikan rawatan tersebut bukan sahaja memuaskan hati pengguna tetapi selamat untuk jangka panjang. Produk yang tulen akan mendapat sokongan dan perkhidmatan kepenggunaan yang berterusan daripada pengeluarnya.”

Pembuat filler yang disahkan seperti Teoxane Laboratories dan pengedar rasmi filler Teosyal di serata dunia (seperti Parvus Sdn Bhd di Malaysia, Singapura dan Indonesia) akan sentiasa memastikan tahap penyelidikan dan pembaharuan produk yang terbaik demi keselamatan pengguna.

Suntikan membawa padah

Kata Dr Liow, pelbagai jenis bahan seperti silikon, asid hialuronik yang tidak tulen dan tidak steril, jel petrol, minyak sayur dan banyak lagi yang terkandung dalam pengisi atau filler palsu. Bahan-bahan seperti ini bukan sahaja tidak sesuai untuk disuntik ke dalam kulit tetapi boleh menimbulkan mudarat kepada pengguna.

Tambahnya, “Kebanyakan bahan ini tidak boleh diterbiodegradasikan (are non-biodegradable) dan akan kekal dalam tubuh pengguna itu sepanjang hayat. Ia kelihatan seperti ketulan-ketulan pejal di bawah kulit yang hanya boleh dikeluarkan melalui pembedahan.”

“Jika filler palsu disuntikkan ke dalam saluran atau pembuluh darah, ia akan tersumbat dan menyebabkan sel-sel di sekelillingnya mati. Pendek kata, bahagian tubuh yang telah menjalani suntikan tadi akan menjadi busuk; satu proses yang dipanggil “necrosis”. Kulit dan daging yang telah busuk tadi harus dibuang dan bahagian yang terjejas harus dibina semula dengan menggunakan teknik seperti graf kulit ataupun bedah plastik yang memakan belanja yang tinggi; itupun tidak ada jaminan yang ia boleh pulih seperti sediakala.”

Jika filler palsu itu disuntikkan ke dalam saluran atau pembuluh darah yang menghala ke biji mata, ia boleh tersumbat dan pengguna boleh menjadi buta.

Jangkitan dan kerumitan dari jangkitan itu sendiri boleh terjadi, termasuk: kemerahan, pernanahan, bengkak dan demam. Jika tidak diawasi ia boleh meninggalkan parut.

Wajah atau bentuk badan juga boleh kelihatan tidak seimbang atau cacat.

Petanda-petanda yang sesuatu rawatan atau produk estetik adalah palsu:

  1. Harga rawatan atau produk filler tersebut lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh klinik dan doktor yang berlesen.
  2. Penjual yang menjanjikan hasil yang tidak realistik, misalnya dengan mendakwa yang rawatan tersebut boleh mengubah wajah pengguna supaya kelihatan seperti pelakon atau penyanyi terkenal.
  3. Dr Liow menasihatkan untuk berhati-hati jika anda menjumpai rawatan tersebut di tempat yang bukan klinik berlesen dan bukan dilakukan oleh doktor yang berlesen. “Berwaspadalah jika anda didekati penjual di tempat-tempat seperti ekspo atau pusat kecantikan, dewan hotel ataupun melalui media sosial, internet, aplikasi chat seperti Whatsapp, Viber dan lain-lain. Pengeluar dan pengedar filler tulen yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak dibenarkan menjual bahan-bahan suntikan kepada sesiapa melainkan doktor estetik yang berlesen yang beroperasi di klinik estetik yang berlesen sahaja.”

Cara-cara menghindari daripada terpedaya oleh penjual produk dan rawatan palsu:

Selidik terlebih dahulu tentang latarbelakang doktor dan pusat perubatan berkenaan serta rawatan dan produk yang digunakan untuk pastikan yang doktor dan klinik estetik tersebut mempunyai lesen yang sah. Layari http://www.mmc.gov.my/index.php/medical-register

Gambar fail dari Shutterstock.com

Gambar Dr Liow ihsan dari koleksi Beverly Wilshire Medical Centre

Author

Azzura Soraya AKA Azzy is a PR Consultant by day and when not working is (and in in no particular order) a writer-traveller-dancer. While juggling a career in communications and teaching weekly dance classes is a challenge, Azzy believes she has found her formula to living life to the fullest.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *